Sabtu, 30 Oktober 2010

PESTA PANTUN




Pada 28 Oktober 2010, hari Khamis yang lalu pemantun-pemantun SMK batu Kikir (Model Khas) telah menjadi johan Pesta Pantun Daerah Jempol sempena Kenduri Bahasa. Tahniah para pemantun dan diharapkan tahun depan kita dapat merampas kejuaraan peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

 Majlis Perasmian di Dewan ZA'BA
 Tetamu dan peserta yang hadir
 Dikafankan
' Jenazah' sedia untuk disembahyangkan
Penyampaian Cenderamata

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama SMK Batu Kikir Model Khas) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah  pada 18 Oktober yang lalu.Peserta kursus terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan sekolah rendah.Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Penolong Penolong Pegawai Agama Daerah Jempol.Kursus ini memberi manfaat yang besar kepada murid-murid sekolah ini.


Begholek Godang Seni Rupa Malaysia

 Majlis Perasmian
 Porselin
Lukisan Potret

Majlis Begolek Godang Seni Rupa Malaysia telah diadakan di Dewan ZA'BA pada 28dan 29 September lalu. Pelbagai cabang seni rupa dipersembahkan buat tatapan pengunjung seperti lukisan, batik, ukiran, porselin, dan sebagainya. Majlis ini disertai oleh pelbagai pihak seperti Fakulti Seni Rupa UiTM, Karangkraf dan sekolah-sekolah menengah sekitar N. Sembilan. Tahniah buat penganjur,Panitia Pendidikan Seni  SMKBKMK ,

Selasa, 24 Ogos 2010

Bulan Patriotisme 2010

Acara perasmian bulan patriotisme 2010 sempena kemerdekaan Malaysia telah dilancarkan semalam. Pelbagai acara menarik dan pertandingan akan dijalankan sepanjang bulan ini. Acara perasmian juga telah dilaksanakan dengan meriah dan jayanya. "Satu Malaysia Menjana Transformasi."

 Laungan Kemerdekaan dipimpin oleh Ketua Umum
Semangat Jalur Gemilang dalam nyanyian patriotik
 Pelajar-pelajar model khas kelihatan ceria dengan mengibarkan jalur gemilang
 GPK 1 Pn Shanti, GPK HEM En Razali & GPK Ting 6 Tn Hj Alias sedang menyanyikan lagu patriotik
 Membawa tandu dalam acara perasmian
 Gadis Sarawakian
 Satu Malaysia (pelajar berbilang bangsa bersatu menyambut kemerdekaan)
 Antara pelajar & guru yang terlibat dalam acara perasmian

Rabu, 18 Ogos 2010

Peperiksaan Percubaan SPM 2010

 suasana di dewan peperiksaan, calon-calon sedang tekun menjawab
Bermula dari 16 Ogos hingga 3 September 2010 berlangsung peperiksaan percubaan SPM. Selamat berjaya kepada semua calon SMK Batu Kikir (Model Khas)

Isnin, 16 Ogos 2010

Lokasi Kami

Lokasi SMKBKTerletak di tengah-tengah Pekan Batu Kikir dipersimpangan ke Padang Lebar.